EFFECTS OF LOW FREQUENCY ULTRASOUND TREATMENT IN MITIGATING SULFATE REDUCING BACTERIA
Abstract
Kakisan pengaruh mikrob berkait rapat dengan kehadiran mikroorganisma seperti bakteria menurun sulfat (SRB) dalam persekitaran dan menyebabkan kemerosotan ketahanan logam dan bahan bukan logam. Bahan kimia seringkali digunakan bagi membasmi bakteria menurun sulfat bagi proses rawatan minyak. Walaubagaimanapun kaedah ini mempunyai beberapa kekurangan seperti tahap kecekapan pembasmian yang rendah, mengakibatkan pencemaran alam sekitar, memerlukan kos yang tinggi dan akan menimbulkan permasalahan kesihatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji prestasi radiasi Ultrabunyi (US) berfrekuensi 20 kHz sebagai pendekatan alternatif bagi mengawal aktiviti mikrob yang melibatkan beberapa parameter iaitu variasi masa pendedahan mikrob kepada radiasi Ultrabunyi dan perubahan amplitud Ultrabunyi. Radiasi Ultrabunyi merupakan teknologi alternatif yang mempunyai potensi yang baik dalam industri makanan dan rawatan air sisa, namun jarang digunakan bagi tujuan rawatan dalam industri minyak. Proses pembasmian konsortium bakteria menurun sulfat yang diperolehi dari Baram Delta operasi (BDO), Sarawak, Malaysia dilaksanakan dengan mendedahkan sampel yang mengandungi bakteria menurun sulfat terhadap radiasi Ultrabunyi selama 30 minit bersama variasi amplitud (25%, 50% dan 100%). Keputusan kajian rintis menunjukkan bahawa sampel yang terdedah kepada 100% amplitud mempunyai bilangan sel BARAM terendah diikuti oleh amplitud 25% dan 50% jika dibandingkan dengan sampel biotik. Di samping itu, dengan membasmi bakteria menurun sulfat, kadar kakisan keluli kupon boleh dikawal. Kajian ini membuktikan bahawa radiasi Ultrabunyi merupakan kaedah alternatif yang mesra alam untuk tujuan pembasmian bakteria menurun sulfat sekaligus dapat menggantikan penggunaan bahan kimia untuk mengawal kakisan pengaruh mikrob.
Full Text:
PDFReferences
Ali, M.K.F.M. Effectiveness of Hybrid Soliwave Technique in Mitigation of Microbiologically Influenced Corrosion. Master of Philosophy Thesis. Universiti Teknologi Malaysia; 2016.
ASTM International. (2011). Standard Practice for Preparing, Cleaning, and Evaluating Corrosion Test Specimen (Vol. 3, 1–9). West Conshohocken: ASTM International.
Bethencourt, M., Botana, F. and Cano, M. (2006). Biocorrosion of Carbon Steel Alloys by an Hydrogenotrophic Sulfate-Reducing Bacterium Desulfovibrio Capillatus Isolated from a Mexican Oil Field Separator, Corrosion Science, 2006, 48, 2417–2431.
Bhola, R., Bhola, S.M., Mishra, B., and Olson, D.L. (2010). Microbiologically Influenced Corrosion and Its Mitigation: A Review, Material Science Research India, 7(2), 407–412.
Bosich, J.F. (1984). Corrosion Prevention for Practicing Engineers. Professional Engineering Career Development Series, Barnes & Nobel, New York, N.Y.
Capelo-Martınez, J.L., Ximenez-Embun, P., Madrid, Y. and Camara, C. (2004). Trends in Analytical Chemistry, 23, 331.
Champion Technologies (2012). Corrosion Mitigation for Complex Environments. Champion Technologies, Houston.
Corrosion Technology Laboratories. Microbial Corrosion. Kennedy Space Center. Available at corrosion.ksc.nasa.gov/microbial.htm. Accessed October 30, 2013.
Edyvean, R. G. J. (1991). Hydrogen Sulphide-A Corrosive Metabolite. International
Biodeterioration & Biodegradation. 27: 109–120.
Javaherdashti, R. (2008). Microbiologically Influenced Corrosion: An Engineering Insight, Springer, London.
Javaherdashti, R. (2011). Impact of Sulphate-Reducing Bacteria on the Performance of Engineering Materials. Applied Microbiology and Biotechnology, (91), 1507–1517.
Little B. J., and Lee J. S. (2007). Microbiologically Influenced Corrosion. John Wiley & Sons, Hoboken, New Jersey.
Md Noor, N., Kar Sing L., Yahaya N., and Abdullah A. (2011). Corrosion Study on X 70-Carbon Steel Material Influenced by Soil Engineering Properties. Advanced Materials Research, 311-313, 875–880.
Md Noor N., Yahaya N., Abdullah A., Abu Bakar A., and Rashid A. S. A. (2013). Combination effects of ultrasound wave and biocide treatment on the growth of sulfate reducing bacteria (SRB). Desalination and Water Treatment. 1–10.
Piyasena, P., Mohareb, E., and McKellar, R. (2003). Inactivation of Microbes Using Ultrasound: A Review. International Journal of Food Microbiology, 87(3), 207–216.
Tuttle, R.N. (1987). Corrosion in oil and gas production. Journal of Petrol Technology. 39:756–762.
Videla, H.A. and Herrera, L.K. (2005). Microbiologically Influenced Corrosion: Looking to the future. International Microbiology. 8:169.
Wibetoe, G., Takuwa, D.T., Lund, W.D. and Sawula, G. (1999) Fresenius. Journal of Analytical Chemistry, 363, 46.
DOI: https://doi.org/10.37628/jwre.v4i2.420
Refbacks
- There are currently no refbacks.